Merong amat membanggakan
Filem yang diangkat daripada cerita rakyat pasal salasilah kerajaan negeri Kedah, Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) amat membanggakan Malaysia daripada segi pembikinannya. Cukup hebat. Siapa sangka anak Malaysia mampu menghasilkan sebuah filem yang memerlukan penelitian khusus dalam hal berkaitan imej generated berkomputer (CGI). Tahniah buah pengarahnya Yusry Abdul Halim dan penerbitnya KRU Studios. HMM akan ditayangkan kepada umum mulai 10 Mac. SET PANTAI DI LANGKASUKA Untuk menghasilkan filem sedemikian memerlukan banyak idea dan perlu tekun. Filem kategori epik tidak boleh dibuat cincai kerana kelak akan menjadi sebuah filem kelakar. HMM berjaya menjadi sebuah filem epik yang sebenar-sebenarnya. Daripada segi pembikinan, ada sesuatu yang patut anak Malaysia banggakan terhadap Hikayat Merong Mahawangsa. Ia membuktikan pembikin filem di Malaysia mampu menghasilkan sesuatu melangkaui kebiasaan. KHIR RAHMAN, ORANG KUAT KUMPULAN GARUDA Filem ini berjaya membawa penonton ke masa lampau, ta...