Girl Bookmarks...


TERNYATA bakat dan kreativiti boleh dipupuk bila-bila masa walaupun setelah dewasa.
Apa yang penting, rajin dan mahu mengembang�kan diri. Tidak perlu mengikut apa yang sudah dibuat oleh ramai orang tetapi mencuba bidang lain yang jarang diceburi bagi mewujudkan kepel�bagaian kepada masyarakat yang mahukan pembaharuan dan membuat pilihan.
Zaman moden juga membuatkan kita harus berfikir di luar kotak. Sesuatu yang kadangkala dirasakan tidak mungkin diceburi tetapi tidak salah mencuba dan mengambil langkah pertama. Keberanian dan keyakinan diri perlu ada.

Bagi yang menjadikan membaca sebagai hobi, tentu saja sentiasa menandakan buku kita. Ini kerana kebanyakan kita membaca buku tatkala waktu senggang sedangkan waktu senggang amat sukar ditemui bagi orang yang berkerjaya, masih belajar mahupun suri rumah tangga

Ada yang mempunyai penanda buku khas daripada kertas. Ada yang melipat helaian bukunya bagi jalan yang lebih mudah. Ada yang membiarkan bukunya terlentang terbuka supaya mengingatkannya kembali ke muka surat terakhir dibacanya.
etapi ada cara lain menanda buku supaya kita rasa eksklusif dan cantik dipandang mata. Ia mengubah seratus peratus benda yang sebelum ini tampak biasa saja. Tidak dinafikan, ia juga agak feminin.

Busyra Mahmad Muhtar, 32, berasal dan menetap di Shah Alam, Selangor, kini melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Bidang yang diceburinya sekarang adalah bidang kreatif yang mengujakan dirinya dan sesiapa saja yang mempunyai minat yang sama. Apakah minat Busyra?

“Membaca!” Begitu kata gadis manis ini yang pernah bekerja sebagai guru sebelum menyambung pelajaran.

“Arwah ayah sering membawa saya dan adik ke kedai buku dan dia sendiri adalah pencinta buku tegar. Saya rasa saya mewarisi minat ayah itu,” katanya.

Rupanya kecintaan kepada buku membawa Busyra ke bidang yang sama tetapi agak asing kepada kita - bidang penghasilan penanda buku.

Melihat apa yang dihasilkan Busyra, dapat disimpulkan mempunyai penanda buku yang cantik dapat memberikan impak kepuasan dan gembira kepada kita sebagaimana membaca buku itu sendiri.

Tambah anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini, semua adik beradiknya cintakan buku kerana begitulah didikan ibu bapa mereka.

“Disebabkan minat membaca dan sukakan buku itu menyebab�kan saya sering memerlukan penanda buku sebagai tanda bacaan.

“Dulu penanda buku yang dijual di kedai buku menjadi pilihan. Tetapi kini sejak wujud�nya pelbagai jenis penanda buku di pasaran atau dengan kata lain ‘aksesori buku’ maka saya senang memilih mengikut kesukaan sendiri.

“Harga pasaran ‘aksesori buku’ yang kadangkala agak tinggi menyebabkan saya membuat keputusan untuk mencuba membuat penanda buku sendiri,” katanya.

Ia umpama sesuatu yang membuka hati Busyra kepada minatnya. Sisi kreatifnya terserlah. Memang baru sangat minat gadis yang sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga ini bercambah. Namun tanpa langkah pertama segalanya tidak mungkin bermula.

“Segalanya bermula beberapa bulan lalu apabila saya berjalan di sebuah kedai buku dan melihat kebanjiran ‘aksesori buku’ yang comel dan cantik. Waktu itu minat semakin melonjak.

“Jadi saya ke kedai menjual barangan aksesori dan membeli beberapa bahan bagi cubaan pertama. Saya teruja kerana percubaan pertama saya sa�ngat memuaskan hati.

“Daripada satu aksesori buku ke satu lagi dan akhirnya saya seolah-olah ketagih untuk membuatnya saban hari,” katanya.

Kata Busyra, keunikan dan kecomelannya ketika berada di buku yang sedang dibaca memang tampak jelas sekali. Betul, buku yang biasa pun boleh berubah wajah setelah menggunakan petanda buku unik itu.

“Sekarang, selain dijual kepada mereka yang berminat saya turut menjadikannya hadiah dan cenderahati untuk rakan. Membuat ‘aksesori buku’ terutama pencangkuk buku dan penanda buku reben sudah menjadi hobi saya di waktu lapang,” katanya.

Idea sebagai perniagaan mula menjengah kehidupan Busyra. Orang mula perasan kewujudan penanda buku itu apabila dia meletak gambar buku yang sedang dibacanya bersama penanda buku istimewanya.

“Seorang rakan sepengajian saya melihatnya dan terus menempah satu. Daripada situ bermula idea untuk menjualnya tetapi pada harga yang lebih murah daripada pasaran.

“Harga yang murah membuat�kan ia mampu dimiliki sesiapa saja.

“Saya percaya pasti ada orang lain juga yang teringin untuk memiliki penanda buku yang cantik tapi tidak mahu berbelanja terlalu mahal,” katanya.

Setakat ini sambutan terhadap penanda buku Busyra sangat menggalakkan. Emak, ibu saudara dan tunangnya menjadi penggalak utama. Alam siber adalah wadah Busyra memasarkan bara�ngannya dan setakat ini dia tiada masalah mendapatkan bahannya kerana mempunyai pembekal sepanjang masa.

“Alhamdulillah saya sudah ada pembeli melalui talian khususnya pencangkuk buku melalui laman sosial. Saya masih lagi belajar menghasil�kan rekaan yang cantik dan comel. Pelanggan saya sekarang adalah teman dan rakan di laman sosial Facebook.

“Barangan yang ditempah dihantar melalu pos dan pembelian tunai sahaja di sekitar Shah Alam,” katanya yang menyediakan blognya di http://lolacraft.blogspot.com (e-mel lolacraft@gmail.com).

Selain pencangkuk buku, Busyra ada mencipta penanda buku daripada reben.

“Tetapi saya lebih cenderung dan minat kepada pencangkuk buku kerana boleh dipelbagaikan serta lebih cantik dan praktikal. Harganya mengikut saiz dan rekaan, daripada RM5 sehingga RM20 mengikut permintaan pelanggan.

“Saya tidak mempunyai waktu khas untuk membuatnya, bila terasa, terus capai dan siapkan rekaan,” kata Busyra yang mencipta rekaannya apabila penat belajar.

Busyra menyiapkan setiap rekaannya dalam lima hingga 10 minit sahaja. Memang banyak yang boleh disiapkannya cuma untuk menghasil�kan kepelbagaian, dia perlu mencari idea dahulu.

Popular posts from this blog

Biological Concept Of Science And Innovation

Dealing In Internet

Allah revealed the first verses