Islam tapi tidak beriman
Oleh maulana arrif. TENTU ada antara kita yang pernah tertanya-tanya pecahan penduduk dunia mengikut agama. Wikipedia mencatatkan bahawa jumlah penganut agama Kristian adalah antara 2 hingga 2.2 bilion, Islam 1.570 hingga 1.650 bilion, Hindu 828 juta hingga 1 bilion dan Buddha 400 juta hingga 1.5 bilion. Lain-lain agama lebih kecil angkanya. Itu kata Wikepedia. Sudah tentu sebarang perangkaan boleh dipertikaikan. Maka Islamic population.com pula menegaskan bahawa jumlah orang Islam di planet bumi ini ialah 1.82 bilion pada 2009. Di sebalik tidak muktamadnya perangkaan, yang pasti ialah jumlah orang Islam cukup ramai. Mungkin lebih ramai daripada penganut Kristian, yang agama asalnya dibawa oleh Nabi Isa lebih 500 tahun sebelum Islam. Perangkaan ini sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam, tetapi realitinya tidak begitu. Kita akan menundukkan kepala apabila membandingkan kualiti sebilangan besar umat Islam pada hari ini dengan bukan Islam, dan umat Islam dahulu. Dari sudut s...