eAlim, gajet Islam tempatan
![]() |
| Kakitangan ENMAC, Yasmin zuraida mempamerkan pelbagai model produk gajet islam keluaran syarikatnya yang mesti dimanfaatkan oleh umat islam. |
TANGGAL 26 Februari 2001, pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan kebimbangan beliau mengenai jurang yang bakal wujud apabila golongan yang mampu, atau lebih tepat mereka yang kaya sahaja dijangka akan memiliki gajet-gajet atau alat-alat peranti berteknologi tinggi.
“Ruang digital telah menciptakan impak yang sangat buruk kerana ia semakin melebarkan lagi jurang antara mereka yang kaya dan miskin,” katanya.
Ini tidak dinafikan apabila kos yang tinggi diperlukan untuk mencipta dan membangunkan perisian komputer. Justeru, beliau meminta agar kos ini dapat dikurangkan sebagai cara yang paling tuntas untuk merapatkan semula jurang yang sangat memisahkan itu.
Kini hampir 10 tahun, adakah yang menjadi kebimbangan kepada bekas Perdana Menteri itu menjadi kenyataan? Lebih-lebih lagi kepada umat Islam untuk mampu milik gajet-gajet yang direka khas untuk mereka?
Ulama terkenal negara, Dr. Muhammad Uthman El Muhammady berkata, kebimbangan Tun Mahathir itu tidak dinafikan berlaku.
“Tetapi pada hari ini, ia kian terhakis. Jarak dan jurang yang dimaksudkan semakin rapat kerana semua pihak menyedari umat Islam tidak boleh ketinggalan dan mesti mengambil apa juga peluang yang boleh memajukan diri mereka,” katanya yang terkenal sebagai ulama yang sentiasa mengikuti dan mengaplikasikan penggunaan pelbagai jenis kemudahan teknologi maklumat (IT) dan gajet.
Akan tetapi lambakan gajet yang konvensional mengakibatkan ada impak yang lebih buruk daripada sekadar berlakunya jurang yang memisahkan.
“Segala macam jenis gajet itu sedikit sebanyak menyebabkan ramai yang hilang jati diri, pelajaran dan pekerjaan menjadi merosot, rumah tangga akhirnya runtuh dan pelbagai lagi impak buruk yang menimpa umat Islam,” katanya.
“Yang disalahkan kononnya Islam tidak memberikan panduan untuk menggunakan gajet itu sedangkan ia lebih kepada sistem kawalan diri yang rapuh yang menyebabkan apa yang berlaku teknologi disalah gunakan,” Dr. Muhammad Uthman.
Beliau amat menghargai mana-mana pihak yang bukan sahaja bertujuan merapatkan jurang status tetapi yang lebih penting menawarkan alternatif gajet-gajet bercirikan Islam. Matlamat akhirnya menyedarkan umat Islam bahawa mereka wajib memiliki gajet seperti itu.
Sebabnya, kini tidak timbul soal harga yang mahal kerana rata-rata umat Islam mempunyai kuasa membeli malah ramai yang memiliki lebih daripada satu telefon bimbit misalnya.
Malah mereka jugalah yang sentiasa ingin memiliki ciri terkini terutamanya telefon pintar, yang lebih mesra pengguna dan keupayaan kepelbagaian operasi dalam satu masa! Dan jangan lupa juga, skrin yang boleh disentuh melalui hujung jari dan sebatang stylus!
Justeru, memiliki telefon bimbit misalnya, selagi ada bersifat ‘pintar Islam’ yang dilengkapkan lain-lain perisiannya terutamanya al-Quran digital berserta dengan kandungan tafsir, tidakkah itu gajet paling ideal untuk umat Islam?
Maka dunia Islam, baik di peringkat dunia mahupun tempatan harus menyokong usaha yang dilakukan oleh Syarikat Enmac Technology (M) Sdn. Bhd. sejak tahun 2002 yang bernaung melalui moto syarikat iaitu The World Leader in Islamic Digital Product. ternyata mereka benar-benar menjadi pemimpin!
Pengarah Urusannya, Mohamed Azam Aziz Mohammed 31, berkata, sehingga kini mereka berjaya menghasilkan 24 model al-Quran digital, dua telefon bimbit al-Quran.
Malah, beberapa lagi gajet Islam yang terbaru dan antara yang terbaru adalah seperti iPad skrin sentuh bersaiz 7 inci dikenali sebagai eAlim akan turut dilahirkan.
Fenomena kegilaan iPad pada hari ini bertambah hebat dengan eAlim ini yang pertama di dunia bercirikan Islam.
Mengandungi pelbagai keistimewaan, antaranya mengandungi 30 juz al-Quran yang diperdengarkan oleh tujuh qari ternama dunia.
Anda boleh menikmati keindahan tanpa tolok bandingnya bacaan ayat-ayat suci itu dari Sheikh Meshari Al-Afaasi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, Sheikh Muhammad bin Maher Al Moa’qily, Sheikh Saad Al-Ghamidi, Sheikh Ali bin Abdul Rahman Al Hudhaify, Sheikh Ahmad Al-Ajmi, Sheikh Waheed Zafar Qasmi) dan Sheikh Muhammad Ayoub.
Dibangunkan sendiri perisiannya oleh pasukan yang terdiri anak-anak tempatan dalam Enmac, eAlim benar-benar satu revolusi terkini (dilancarkan pada Oktober 2009) digital yang wajib dimiliki kerana syarikat ini benar-benar memenuhi tanggungjawab dakwah mereka dengan menawarkan iPad dengan harga hanya RM1,200 sahaja.
Mungkin ada yang mengaitkan harga itu adalah ‘setanding’ kualiti produk buatan China. Dalam hal ini kata Azam, kesemua pembuatan gajet Enmac termasuk eAlim, dilakukan di Pusat Penyelidikan mereka di Bentong, Pahang.
“Kecuali papan pemacu utama (pcb) dan kad keselamatan digital dibuat di Korea, maka kualitinya boleh menandingi mana-mana jenama produk ternama atau sebenarnya adalah lebih baik lagi,” katanya.
Lebih lanjut mengenai produk-produk gajet keluaran ENMAC boleh didapati dilaman web merek, iaitu www.enmac.my atau menghubungi talian; 03-41473144.
