Posts

Showing posts from February 27, 2011

Biological Concept Of Science And Innovation

Image
LEBIH 40 artifak yang dipamerkan sepanjang berlangsungnya Pameran Al-'Ilm: Sains dan Inovasi dalam Dunia Islam di MKIM. UMAT Islam sudah lama mendahului zaman. Ketika bangsa-bangsa Eropah masih berada dalam kegelapan, Islam telah melangkah ke hadapan dengan pelbagai penemuan dalam bidang sains dan teknologi. Malahan, hasil penemuan dan kajian ilmuwan Islam kekal dikaji dan dikagumi serta menjadi perintis kepada penghasilan teknologi yang kita gunakan hari ini. Sekitar abad kelapan hingga abad ke-13 bukan sahaja merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam. Ketika itu juga merupakan zaman di mana bercambahnya idea-idea baru yang memberi manfaat kepada manusia sejagat. Ketika itulah munculnya barisan ilmuwan hebat seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Khawarizmi, al-Idrissi, al-Kindi, al-Razi, Ibnu Khaldun, Ibnu al-Haitham, al-Farabi, al-Ghazali dan beratus-ratus tokoh yang menyumbang idea dan tenaga kepada dunia sains dan teknologi. Al-Biruni, contohnya seorang yang pakar d...

Allah revealed the first verses

Syed QutuB dalam Fi Zilal al-Quran berkata: Permulaan surah ini merupakan ayat-ayat al-Quran yang pertama diturunkan mengikut kata sepakat para ulama. Riwayat yang menyebut ayat lain mula diturunkan tidak dapat dipegang. Firman Allah SWT: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk). Al-Maraghi berkata: Dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang mencipta engkau dan dengan kehendak-Nya, maka jadilah engkau orang yang dapat membaca. Dia telah menjadikan kamu tahu daripada tidak tahu kerana Nabi Muhammad SAW pada awalnya tidak tahu membaca dan menulis. Lalu, datang perintah menyuruh baginda agar dapat membaca, walaupun tidak dapat menulis. Justeru, baginda segera diberi sebuah kitab yang akan dibacanya sekalipun baginda pada asalnya tidak tahu menulis. Sayid Qutub berkata: Ayat ini dimulakan dengan menyebut secara umum salah satu dari sifat-sifat Allah, iaitu sifat mencipta dan memulakan penciptaan. Hamka berkata: Dalam suku ayat pertama sahaja, iai...

History of Islamic Currency

Image
Dirham Dinasti Abbasiyah (Pemerintah : Abdullah Al-Saffah) Kufah 132 Hijrah Diameter: 23.91 mm Duit adalah medium yang penting dalam perniagaan pada hari ini. Sebelum duit diperkenalkan, pelbagai barangan digunakan sebagai pertukaran bagi mendapatkan sesuatu jenis barangan dan perkhidmatan seperti makanan, buah-buahan dan haiwan dalam sistem yang dikenali sebagai sistem barter. Sistem ini membolehkan manusia memperolehi pelbagai barangan dan perkhidmatan yang mereka perlukan dalam kehidupan mereka daripada ahli masyarakat yang lain tanpa menggunakan medium yang dipanggil duit. Sebelum tahun 696 Masihi, masyarakat Arab menghasilkan duit yang mempunyai pengaruh salah satu daripada dua kuasa besar pada abad ketujuh Masihi iaitu Kerajaan Sasanid atau Kerajaan Byzantium. Mata wang itu digunakan oleh masyarakat Arab sebagai medium mendapatkan barangan dan perkhidmatan dalam urusan harian mereka selama 31 tahun selepas peristiwa hijrah. Kedua-dua pengaruh ini mempunyai gambar pe...

Learn From AirAsia - Tun M

SEPANG 3 Mac - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) perlu belajar daripada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah menyuarakan pandangannya mengenai perkara itu kepada Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Majid. ''Saya pernah beritahu Pengerusi MAS supaya melihat kepada AirAsia dan mengenal pasti bahagian manakah yang boleh dipelajari," katanya ketika berdialog dengan staf-staf AirAsia di Akademi AirAsia, di sini hari ini. Terdahulu, Dr. Mahathir meluangkan masa hampir dua jam melawat dan meninjau kemudahan yang terdapat di pejabat AirAsia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Akademi AirAsia. Turut hadir, Pengerusi AirAsia, Datuk Abdul Aziz Abu Bakar; Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes. Dr....

interpretation of paragraph: Islamic moral panacea for the problems of the people.

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159) Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dengan tujuan membentuk peribadi sahabat serta pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai karakter dan sikap. Dengan panduan ayat ini diharapkan semua matlamat perjuangan dapat dicapai, membuahkan hasil membanggakan dalam waktu singkat. Setelah ayat ini dihayati dan diterapkan oleh Rasulullah, terbukti hanya dalam tempoh 23 tahun Baginda berhasil membentuk sebuah masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang makmur penuh pelbagai dimensi kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan. Selaras seruan al-Quran k...

Girl Bookmarks...

TERNYATA bakat dan kreativiti boleh dipupuk bila-bila masa walaupun setelah dewasa. Apa yang penting, rajin dan mahu mengembang�kan diri. Tidak perlu mengikut apa yang sudah dibuat oleh ramai orang tetapi mencuba bidang lain yang jarang diceburi bagi mewujudkan kepel�bagaian kepada masyarakat yang mahukan pembaharuan dan membuat pilihan. Zaman moden juga membuatkan kita harus berfikir di luar kotak. Sesuatu yang kadangkala dirasakan tidak mungkin diceburi tetapi tidak salah mencuba dan mengambil langkah pertama. Keberanian dan keyakinan diri perlu ada. Bagi yang menjadikan membaca sebagai hobi, tentu saja sentiasa menandakan buku kita. Ini kerana kebanyakan kita membaca buku tatkala waktu senggang sedangkan waktu senggang amat sukar ditemui bagi orang yang berkerjaya, masih belajar mahupun suri rumah tangga Ada yang mempunyai penanda buku khas daripada kertas. Ada yang melipat helaian bukunya bagi jalan yang lebih mudah. Ada yang membiarkan bukunya terlentang terbuka supaya mengin...

Understanding Islamic Finance

PERKEMBANGAN sistem ekonomi dan kewangan Islam di negara ini memang cukup membanggakan sehingga ia mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Malangnya, perkembangan pesat itu tidak seiring dengan kefahaman umat Islam Malaysia yang sebahagian besar masih 'jahil' mengenai pengurusan kewangan yang mematuhi prinsip syariah, khususnya membabitkan pinjaman peribadi. Hakikat mengejutkan itu didedahkan melalui satu kajian oleh dua pegawai penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Siti Fatimah Abdul Rahman dan Azrina Sobian yang diterbitkan pada tahun lalu. Pada sesi temu ramah dengan Utusan Malaysia baru-baru ini, Siti Fatimah yang juga Pengarah Pusat Perundingan dan Latihan IKIM memberitahu, kebanyakan umat Islam membuat pinjaman peribadi dengan nilai lebih daripada RM20,000 untuk perkara yang dianggap bukan keperluan oleh Islam. ''Dalam Islam, hutang dibenarkan untuk tujuan tertentu misalnya apabila atap rumah diterbangkan ribut dan kita tiada wang untuk meng...