Learn From AirAsia - Tun M
SEPANG 3 Mac - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) perlu belajar daripada syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau pernah menyuarakan pandangannya mengenai perkara itu kepada Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Munir Majid.
''Saya pernah beritahu Pengerusi MAS supaya melihat kepada AirAsia dan mengenal pasti bahagian manakah yang boleh dipelajari," katanya ketika berdialog dengan staf-staf AirAsia di Akademi AirAsia, di sini hari ini.
Terdahulu, Dr. Mahathir meluangkan masa hampir dua jam melawat dan meninjau kemudahan yang terdapat di pejabat AirAsia di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan Akademi AirAsia.
Turut hadir, Pengerusi AirAsia, Datuk Abdul Aziz Abu Bakar; Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes.
Dr. Mahathir berkata, walaupun hanya berusia 10 tahun, AirAsia telah mencatatkan kejayaan mengagumkan dengan kapasiti pesawat yang setanding dengan MAS.
Beliau berkata, AirAsia juga unik kerana berjaya mendapat keuntungan melalui pendekatan mengurangkan harga tiket.
''Berbanding syarikat lain yang menaikkan harga untuk meningkatkan keuntungan, AirAsia mengambil pendekatan sebaliknya dengan memperkenalkan cara pengurusan perniagaan yang baik untuk meningkatkan keuntungan.
''Selain itu, AirAsia turut mengunakan konsep pejabat terbuka di mana golongan atasan duduk bersama staf lain, keadaan ini memudahkan pemantauan dan komunikasi antara eksekutif dengan staf," katanya.
Dr. Mahathir berkata, selain menarik pelancong, AirAsia yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab penerbangannya turut berjaya melonjakkan bilangan penumpang udara menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
''Sasaran kita adalah membina bangunan satelit kedua di KLIA apabila jumlah penumpang mencapai paras 35 juta orang setahun dan kita telah pun berjaya melepasi paras itu hasil daripada kemunculan AirAsia," katanya.
Mengulas tentang persaingan AirAsia dengan MAS, Dr. Mahathir berkata, AirAsia boleh mengisi permintaan yang tinggi untuk laluan penerbangan antara Kuala Lumpur-Sydney dan Kuala Lumpur-Amerika Syarikat sekiranya ia dibenarkan untuk beroperasi di laluan tersebut.
''Frekuensi penerbangan MAS (ke Sydney dan Amerika Syarikat) tidaklah terlalu kerap walaupun permintaan pasaran adalah besar dan kekerapan penerbangan dari Malaysia ke negara itu boleh ditambah melalui penerbangan AirAsia," katanya.