Posts

Showing posts from February 20, 2011

AirAsia kini syarikat RM1 bilion

KUALA LUMPUR 24 Feb. - AirAsia Bhd. mencatat keuntungan bersih tertinggi sepanjang penubuhannya sebanyak RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tony Fernandes yang gembira dengan keputusan itu menganggap ia adalah satu pencapaian yang sangat luar biasa. "Kami sangat gembira, bukan sahaja kerana AirAsia mencatat keuntungan malah kami juga memecah rekod keuntungan melebihi RM1 bilion," katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tambah beliau kekukuhan aliran tunai kumpulan iaitu RM1.5 bilion mengurangkan kadar gearan (nisbah hutang kepada ekuiti) kepada 1.75 kali berbanding 2.57 kali setahun lalu. "Syarikat berada di posisi terbaik terutamanya dari segi kewangan yang mampu menyediakan asas kukuh kepada perluasan dan pertumbuhan pada 2011," tambah Fernandes. Prestasi cemerlang sepanjang tahun disokong oleh keputusan kewangan kukuh pada suku keempat yang mana ia telah mencipta rekod-rekod baharu k...

Tribute To Women

Image
ISTERI Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (tiga dari kiri) bergambar bersama sebahagian pemenang Anugerah TTWM 2010 mengikut kategori masing-masing. . KAUM wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Seiring peredaran zaman, kaum Hawa kini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum Adam. Kini, pemikiran bahawa golongan wanita hanya sesuai duduk di ceruk dapur sudah lama ditinggalkan, sebaliknya mereka semakin berani mengorak langkah untuk mencapai kejayaan tersendiri. Menyedari kepentingan wanita dalam kehidupan, Yayasan Mahkota dan MSP Communications Sdn. Bhd. akan menganjurkan program Tribute To Women Malaysia (TTWM) 2011. Memperkasa wanita Penerbit dan Pengarah Acara TTWM 2011, Mahani Awang berkata, penganjuran program tersebut bertujuan memperkasa dan memartabatkan kaum wanita dari aspek pembangunan dan kemajuan diri, kerjaya dan peranan dalam masyarakat. “Apa yang penting, kami mahu membantu membangun dan menjana min...

Spiritual Experience Brought Booth To Islam

Image
Selepas mendapat hidayah ketika di palestin, lauren booth kini antara individu yang giat mempromosikan islam sebagai agama universal. ENAM tahun lepas wartawan Lauren Booth ke Palestin dengan membawa bersamanya sikap memandang rendah pada orang lain terutama penganut Islam. Seperti yang diakuinya sendiri, beliau beranggapan orang Arab adalah penakut, dan dia bersimpati dengan wanita yang memakai hijab, niqab dan burqa. Beliau menganggap golongan ini kurang senang dengan tradisi sendiri. Tetapi hari ini Booth, yang juga merupakan penyiar dan aktivis hak asasi manusia, memperjuang secara aktif nasib orang Palestin – dengan berhijab. “Saya ke Palestin dengan tanggapan bahawa wanita berhijab perlu diselamatkan daripada nasib malang mereka, suami dan penindasan. Saya bukan berniat merendahkan sesiapa tetapi inilah yang kami diajar di Barat,” katanya. Bagaimanapun, pengalaman beliau di Palestin membuktikan sebaliknya. Sikap besar hati serta kemuliaan yang ditunjukkan kepadanya...

Nude Of Freedom In UK?

Image
Bogel satu kebebasan di UK Lauren booth merupakan aktivis yang memperjuangkan nasib rakyat palestin. SERATUS ribu orang di United Kingdom telah memeluk Islam dalam sedekad yang lepas, kata wartawan penyiaran, Lauren Booth. Bagaimanapun reaksi media di Britain mengenai pendedahan ini dan perkara lain berkaitan dengan Islam adalah dramatik dan negatif. Sehinggakan The Independent - akhbar Britain yang terkenal dengan pendekatan neutral - sanggup melabel penyebaran Islam sebagai 'PengIslaman Britain'. Panggilan ini tentu sahaja mampu menimbulkan kegusaran banyak pihak yang selama ini menganggap Islam satu agama yang ekstremis. "Ingat", kata Booth, "ini bukan risalah perkauman yang diedarkan oleh masyarakat di pinggiran, ini akhbar utama yang sangat disegani. "Ia membuatkan anda terfikir bahawa memeluk Islam bukan sesuatu tindakan yang popular," katanya tergelak, merujuk kepada fitnah yang dilemparkan oleh media British terhadapnya sejak m...