eAlim, gajet Islam tempatan
Kakitangan ENMAC, Yasmin zuraida mempamerkan pelbagai model produk gajet islam keluaran syarikatnya yang mesti dimanfaatkan oleh umat islam. TANGGAL 26 Februari 2001, pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan kebimbangan beliau mengenai jurang yang bakal wujud apabila golongan yang mampu, atau lebih tepat mereka yang kaya sahaja dijangka akan memiliki gajet-gajet atau alat-alat peranti berteknologi tinggi. “Ruang digital telah menciptakan impak yang sangat buruk kerana ia semakin melebarkan lagi jurang antara mereka yang kaya dan miskin,” katanya. Ini tidak dinafikan apabila kos yang tinggi diperlukan untuk mencipta dan membangunkan perisian komputer. Justeru, beliau meminta agar kos ini dapat dikurangkan sebagai cara yang paling tuntas untuk merapatkan semula jurang yang sangat memisahkan itu. Kini hampir 10 tahun, adakah yang menjadi kebimbangan kepada bekas Perdana Menteri itu menjadi kenyataan?...