Japan lags behind China | Berita Harian Online
Dibebani deflasi, hutang terlalu tinggi
JEPUN kehilangan kedudukan sebagai ekonomi kedua terbesar dunia yang dipegangnya sejak 42 tahun lalu kepada China apabila perangkaan bagi 2010 yang dikeluarkan semalam menunjukkan berlaku penguncupan ekonominya pada suku keempat berikutan perbelanjaan pengguna yang lemah dan pengukuhan nilai yen.

Walaupun Jepun sudah dijangka akan ketinggalan di belakang China tahun lalu, perangkaan berkenaan menunjukkan keadaan lemah ekonomi Jepun yang dibebani dengan deflasi, permintaan domestik yang lemah serta dibebani hutang terbesar.
“Adalah sukar bagi ekonomi Jepun yang dibelenggu deflasi untuk mencapai pertumbuhan mapan,” kata Ketua Ahli Ekonomi di Monex Securities, Naoki Murakami.
Ketika lonjakan China itu mencerminkan perpindahan kuasa ekonomi ketika republik itu berubah daripada negara komunis miskin kepada gergasi global, ia turut menonjolkan perlunya Jepun untuk menyegarkan semula ekonominya yang menguncup, kata penganalisis.
‘Keajaiban ekonomi’ pasca perang Jepun meletakkan negara itu pada kedudukan kedua di belakang Amerika Syarikat (AS) untuk lebih empat dekad, tetapi menjadi kaku selepas letusan gelembung aset hartanah pada 1990-an membantu meletakkan China pada landasan untuk mengatasi negara jirannya itu.
Bagaimanapun, Jepun kekal sekitar 10 kali lebih kaya berdasarkan pendapatan perkapita, mengikut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Terdapat ramalan yang berbeza bila China akan mengatasi AS sebagai ekonomi nombor satu dunia, tetapi ia boleh berlaku pada 2025, demikian mengikut anggaran oleh Bank Dunia, Goldman Sachs dan lain-lain.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Jepun susut 1.1 peratus dalam tempoh Oktober-Disember tahun lalu berbanding tempoh sama tahun sebelumnya ketika pelupusan subsidi kenderaan menjejaskan jualan kereta, cukai tembakau yang baru mengurangkan permintaan terhadap rokok dan nilai yen yang kukuh menjejaskan eksport.
Walaupun penguncupan pertama dalam lima suku itu tidak terlalu teruk daripada unjuran penyusutan 2.4 peratus, perangkaan KDNK Jepun itu tertakluk kepada penilaian semula yang berterusan.
Ekonominya berkembang 3.9 peratus bagi seluruh 2010, pertumbuhan tahunan pertama dalam tiga tahun.
Bagaimanapun, ia masih tidak cukup untuk meletakkannya di depan China.
KDNK nominalnya yang bernilai AS$5.47 trilion tahun lalu meletakkan Jepun di belakang China yang merekodkan AS$5.87 trilion.
Walaupun Jepun mampu keluar daripada kemelesetan panjang pada 2009, pemulihannya masih rapuh dengan deflasi, hutang awam yang tinggi, permintaan lemah domestik dan nilai kukuh yen semuanya menjadi kebimbangan pembuat dasar.
Tekanan kini terletak kepada Perdana Menteri, Naoto Kan ketika kerajaannya meninjau untuk merangsang semula ekonomi tanpa dibebani hutang lebih besar di tengah-tengah kebuntuan terhadap bajet bernilai AS$1.1 trilion untuk tahun fiskal seterusnya.
Bulan lalu, Standard & Poor’s mengurangkan penarafan kredit Jepun kepada “AA-” daripada “AA”, dengan berkata kerajaannya kekurangan ‘strategi yang logik’ untuk mengurangkan hutang yang hampir 200 peratus daripada KDNK negara itu, tertinggi di kalangan negara maju.
Hampir satu pertiga perbelanjaan kerajaan digunakan oleh sistem keselamatan sosial untuk rakyatnya yang semakin berusia, amaran oleh Standard & Poor’s, dengan nibsah itu dijangka meningkat tanpa sebarang perubahan.
Kerajaan berhaluan kiri mengutamakan perubahan keselamatan sosial dan baik pulih sistem cukai tetapi pembangkang setakat ini enggan memulakan rundingan terhadap isu itu. – AFP