PETRONAS discover oil fields, new gas in Sarawak | Berita Harian Online
PETRONAS mengumumkan kejayaan penemuan lapangan minyak dan gas baru hasil penggerudian telaga NC3 dan Spaoh-1 dj Blok SK316 dan SK306 di luar pesisir pantai Sarawak.
Syarikat minyak kebangsaan itu berkata, penggerudian telaga di NC3, kawasan yang tidak dikenali sebagai lapangan minyak sebelum ini dan satu penilaian susulan telah menghasilkan penemuan besar di Blok SK316 dengan anggaran awal terdapat 2.6 trilion kaki padu standard gas bersih.

Telaga Spaoh-1 dengan kedalaman penggerudian 3,000 meter yang terletak di Blok SK306 mula digerudi pada Disember tahun lalu dan penilaian awal menunjukkan masing-masing terdapat 100 juta tong minyak dan 0.2 trilion kaki padu gas standard, katanya.
“Dalam tempoh tiga tahun akan datang, kira-kira 50 telaga penerokaan dijangka akan digerudi di luar pantai Malaysia oleh PETRONAS dan kontraktor perkongsian pengeluarannya.
“Aktiviti berkenaan, terutama jika menghasilkan penemuan dijangka akan merangsang peluang perniagaan dalam industri minyak dan gas serta mempromosikan pelaburan huluan di negara ini,” katanya.
Pada Jun lalu, PETRONAS berkata, ia akan mengurangkan kegiatan cari gali di luar negara dan menumpukan usaha pembangunannya di dalam negara.