Biological Concept Of Science And Innovation
LEBIH 40 artifak yang dipamerkan sepanjang berlangsungnya Pameran Al-'Ilm: Sains dan Inovasi dalam Dunia Islam di MKIM. UMAT Islam sudah lama mendahului zaman. Ketika bangsa-bangsa Eropah masih berada dalam kegelapan, Islam telah melangkah ke hadapan dengan pelbagai penemuan dalam bidang sains dan teknologi. Malahan, hasil penemuan dan kajian ilmuwan Islam kekal dikaji dan dikagumi serta menjadi perintis kepada penghasilan teknologi yang kita gunakan hari ini. Sekitar abad kelapan hingga abad ke-13 bukan sahaja merupakan zaman kegemilangan tamadun Islam. Ketika itu juga merupakan zaman di mana bercambahnya idea-idea baru yang memberi manfaat kepada manusia sejagat. Ketika itulah munculnya barisan ilmuwan hebat seperti Ibnu Sina, al-Biruni, al-Khawarizmi, al-Idrissi, al-Kindi, al-Razi, Ibnu Khaldun, Ibnu al-Haitham, al-Farabi, al-Ghazali dan beratus-ratus tokoh yang menyumbang idea dan tenaga kepada dunia sains dan teknologi. Al-Biruni, contohnya seorang yang pakar d...