Syed Mokhtar consortium bought equity option Pos Malaysia
PAKATAN Bank Muamalat – Pos Malaysia bakal menyediakan platform, terbaik untuk pengembangan perniagaan kedua-dua entiti itu. Bank Muamalat mampu jadi rakan sinergi kembang rangkaian produk KONSORTIUM diterajui Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dikatakan sebagai calon yang mempunyai kelebihan dalam bidaan membeli kepentingan 32.21 peratus dalam Pos Malaysia Bhd daripada Khazanah Nasional Bhd ni susulan langkahnya mengetengahkan bank Islam yang dikuasainya, iaitu Bank Muamalat Malaysia Bhd sebagai calon dalam mewujudkan sinergi strategik dengan Pos Malaysia, sekali gus ‘memenuhi’ kriteria pembida yang dikehendaki agensi pelaburan kerajaan itu. Bank Muamalat, bank Islam ketiga terbesar Malaysia dari segi aset adalah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom, konglomerat yang dikuasai Syed Mokhtar. Ia dikatakan mampu menjadi rakan sinergi terbaik bagi Pos Malaysia terutama dalam usaha kedua-duanya mengembangkan rangkaian produk serta perkhidmatan serta jangkauan ca...